‘Siapa suruh parking sesuka hati?’ – Halang laluan keluar, kereta dicalar ‘I parked like an idiot’

Umum mengetahui semua pemandu telah dididik di akademi untuk meletakkan kenderaannya di ruang yang telah disediakan. Namun, sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab ini gemar meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Semalam, viral gambar sebuah kereta Toyota Vios dicalarkan kerana menghalang laluan keluar kenderaan dari ‘basement’ sebuah bangunan berhampiran Hotel Riverside Kuching, Sarawak.

“Akibat meletak kereta sehingga menghalang laluan kenderaan lain, sebuah kenderaan telah dicalar oleh individu yang tidak dikenalpasti.

“Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah hotel di pusat bandaraya Kuching petang semalam (Ahad),” kata sumber.

Tidak diketahui siapa pemilik kenderaan itu, tetapi netizen mengganggap insiden itu wajar dijadikan sebagai pengajaran kepada golongan yang pentingkan diri.

Artikel Berkaitan   Suami Didakwa Kerana Tumbuk Muka, Leher Dan Kepala Isteri Hingga Parah Teruk