“Siapa Suruh Simpan Motor Dalam Rumah,” – Sebelum Ni kene Troll Dengan Bini, Kali Ni Anak Pula

Tidak habis lagi isu motosikal Ysuku miliknya, terbaru Shuib dilihat sedang mengomel gara-gara motosikal itu dilekatkan dengan pelekat berbentuk bibir oleh anak-anak.

Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Siti Sarah itu menunjukkan wanita ini sedang ‘membebel’ memberi peringatan dan mempersoal mengapa motor ini diletakkan di dalam rumah.

Katanya lagi, banyak tugasan rumah yang perlu dilakukan selain memerhati ‘isteri’ kedua suami.

“Itulah akibat bila tak mendengar kata,budak2 bkn boleh dihalang halang… sabar ye daddy shuibsepahtu,” tulis Sarah.

Terhibur dengan gelagat pasangan ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi.

Artikel Berkaitan   Setelah Tahu Pelbagai Khasiat “Epal Rebus”, Saya Tidak Mahu Makan Epal Mentah Lagi! Menyesal Baru Tahu Sekarang..