“Siapa yang boleh berubat atau nampak apa dekat sebelah anak dia?”- Budak Perempuan Dakwa ‘Diganggu’ Makhluk Bertanduk Masa Sembang Dengan Mak

Kita kat dunia ni memang berkongsi kehidupan dengan ‘benda’ lain. Makhluk halus bukanlah ‘benda’ yang baru dan sudah pasti ramai mempunyai pengalaman masing-masing tak kisah kat tempat kerja mahupun kat rumah. Namun hanya segelintir orang je yang boleh nampak kewujudannya.

Siapa je tak seram kalau kena ganggu oleh makhluk halus kan ?

Viral video di Twitter menerusi akaun @nyctophfilia yang memaparkan seorang budak perempuan tengah berbual sambil dirakam oleh ibunya. Korang boleh tengok macam mana cara budak perempuan tu berbual dengan ‘benda’ yang ada dekat sebelah dia.

Pemilik akaun tersebut meminta tolong kepada sesiapa yang boleh tengok apa yang ada dekat sebelah anak kawan dia. Dia mengatakan, lately ni budak perempuan tu semakin kurus dan semakin pendiam.

Dalam video tersebut nampak budak perempuan itu mendakwa ada makhluk yang mempunyai tanduk menolaknya setelah ditanya oleh ibunya. Wehh, budak-budak takkan nak menipu.

Menurutnya lagi, selepas daripada kejadian budak perempuan tu muntah-muntah, demam teruk sampai kurus dan tak ramah macam dulu.

Ibu kepada budak perempuan ini berharap agar orang ramai komen yang murni-murni je dan doa yang baik-baik untuk anak dia.

Rata-rata netizen berkongsi mengenai cara-cara dan doa yang boleh diamalkan untuk situasi seperti ini.

Artikel Berkaitan   “Sudah-Sudahlah Nak Mengvtuk Orang,”- Hadir Uji Bakat Her0 Remaja Kali Kedua, Adik Syafiq Kyle Tak Pvtus Asa

Sumber : LobakMerah