Siapa Yang Pernah Rasa Air Kathira Memang Rasa Nak Repeat Kat Rumah, Ni Ramuan Air Kathira, Bau Wangi, Rasa Sedap

Kalau kita dengar mengenai Air Kathira, pasti sahaja ianya popular di pasar malam ataupun bazar Ramadhan. Walaupun begitu, Air Kathira juga boleh dibuat sendiri tau. Bolehlah dihidangkan pada waktu makan.

Air Kathira mempunya rasanya yang tersendiri. Ianya juga amatlah menyegarkan. Jadi, amatlah disarankan untuk anda buat sendiri di rumah dan boleh dihidangkan terus kepada ahli keluarga. Jimat masa, jimat wang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam dan mendapat komen yang positif.

Resepi Air Kathira

Bahan – bahan masakan:

Bahan – bahannya perlu disediakan lebih awal.

Penyediaan Sirap – Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Kemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya.

2-3 ketul biji katira – anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu buangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk – Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi. 1 sudu besar biji selasih – Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi.

Bahan – bahan lain:

  • Cincau
  • Kismis
  • 1 cawan sirap (air gula)
  • 6 cawan air
  • 1 sudu teh air mawar
  • 1 tin susu sejat atau susu cair

Cara penyediaan:

  • Sediakan sebuah bekas yang besar atau mangkuk. Masukkan bahan-bahan seperti kembang semangkuk, katira,cincau, kismis dan biji selasih.
  • Seterusnya anda tuangkan sirap (air gula), air susu cair dan juga air mawar.campuran bahan-bahan tadi dikacau rata.
  • Akhir sekali boleh masukkan ketulan air batu dan bolehlah dihidangkan didalam gelas.. Semestinya anda akan teruja akan kesedapan air katira ini.
Artikel Berkaitan   Resepi Ayam Pandan Madu Padu, Tekstur Dia Memang Lembut, Sekali Cari Allah Rasa Madu