Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 160 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000) bersama 3 buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan.
Republik Ireland telah dilanda kebuluran dan epidemik penyakit di antara 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai ‘the Great Hunger’ ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta orang meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta rakyat Ireland telah melarikan diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England , Kanada, dan Australia.
Pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah pada ketika itu, Sultan Abdul Majid menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling kepada para petani di Ireland tetapi Queen Victoria meminta agar Sultan menghantar hanya £ 1000 sterling, kerana dia sendiri telah menghantar hanya £ 2000 sterling. Sultan memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling sahaja tetapi dalam diam-diam, Baginda telah menghantar 3 kapal penuh dengan bekalan makanan . Pentadbiran British cuba menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).
Bukti sikap murah hati dari pemerintah Islam untuk sebuah negara Kristian ini adalah penting terutamanya di kala umat Islam kerap dituduh tidak adil kerana melanggar hak asasi manusia.
Penulis: Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin
Sumber :
http://abiggersociety.com/how-quickly-we-forget-how-muslim…/
Juga lihat bukti kenangannya di Ireland sekarang :
https://www.facebook.com/pages/Drogheda-United-FC/113712411972402