Siram Air Di Dinding Sebelum Tunaikan Hajat, Ustaz Ini Kongsi Nasihat Supaya Tidak Terkena Najis

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Alirkan Air Pada Dinding Sebaik Masuk Ke Tandas..

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal kebersihan kerana kebersihan berhubungkait dengan amalan lain terutamanya solat. Contohnya jika kita ingin mend1rikan solat, kita terlebih dahulu membersihkan d1ri dari sebarang bentuk hadas. Sekiranya masih terdapat kekotoran/n4jis pada badan datau pakaian kita maka solat kita idak sah.

Satu perkongsian Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar mengenai kebersihan di dalam tandas yang mana perkongsian ini amat jarang dibincangkan dalam kuliah-kuliah agama, iaitu kepentingan mengalirkan air paip pada dinding tandas. Berikut perkongsiannya;

Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain.

Selain daripada melangkah masuk dengan kaki k1ri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).

Mengalirkan Air Pada Dinding Tandas

Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat. Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari k1ri ke kanan, kanan ke k1ri.

Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar. Ini penting dan sebahagian daripada thoh4rah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.

Sama ada dengan cara berd1ri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono. Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air n4jis yang kita tidak nampak (n4jis hukmi).

Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, autom4tik air tersebut akan membawa sekali n4jis-n4jis hukmi pada dinding dan lantai tandas.

Artikel Berkaitan   Nak Cantik & Sihat Kena Rajin Amalkan Air Rebusan Ni. Badan Jadi Segar & Ringan, Lemak Pun Hilang. Amalkan Sebelum Tidur!

Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas.

Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu n4jis-n4jis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar. Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid.

Kalau kita terbawa keluar n4jis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi n4jis, n4jis, n4jis di mana saja kita jejak.

Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang.

Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terh1na di mana-mana.

Demikianlah perkongsian oleh Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar berkaitan dengan kepentingan mengalirkan air ke deluruh dinding tandas terlebuh dahulu. Sejujurnya saya send1ri pun belum pernah mengetahui tantang hal ini sebelum ini. Alhamdulillah, hari ini kita telah mendapat ilmu yang baru. Semoga kita dapat mengambil pelajaran. Wallahu a’lam..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber: Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar