Siti Kasim Disaman RM2 Juta Oleh Pendakwah Islam Disebabkan Ini

PENDAKWAH Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengemukan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Dalam laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus berkata, saman fitn4h ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitn4hnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitn4h kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitn4h saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitn4h terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

[Saman Fitnah RM2juta Siti Kasim].Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Thursday, July 11, 2019

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua.

Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus dalam entri yang dimuat naik awal pagi Jumaat.