Siti Nurhaliza Buat Kejutan Di AJL34, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi

Sudah beberapa tahun tidak bertanding, kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan di pentas Anugerah Juara lagu malam tadi menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof ternyata menggamatkan suasana dan mendapat sorakan ramai.

Rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu teruja dengan kejutan tersebut dan akhirnya dapat melepaskan rindu melihat Siti di atas pentas besar itu serta mengimbau kembali nostalgia ketika beliau bertanding.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila mikrofon Siti tidak berfungsi sewaktu memulakan nyanyian. Rata-rata netizen berpendapat kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku kerana AJL merupakan pentas berprestij.

Terdahulu, Tok Ti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung.  Malah, sebelum ini beliau dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34.

Artikel Berkaitan   Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin