Sofi Jikan Mengaku Masukkan Sejumlah Wang Sebulan Sekali ke Dalam Akaun Bank Wanita Itu

Pada Julai lalu, aktor Sofi Jikan dijatuhkan hukvman pnjara selama 12 bulan oleh Mhkmah Mjistret Petaling Jaya pada Rabu atas pertduhan menggunakan gnja, tahun lalu.

Bagaimanapun, mhkmah ketika itu membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hkvman itu sementara pguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, pelakon KL Gangster, Soffi Jikan, 49, tetap meneruskan kerja kebajikan yang dijalankannya sejak beberapa tahun lalu.

Soffi berkata, antara sumbangan kecilnya adalah membantu sebuah keluarga yang daif di Kelantan dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang berhutang dengan Ah Long.

Katanya, sebagai pelakon, dia sudah merasai jatuh bangun dan memahami situasi masyarakat yang berdepan kesukaran.

Soffi berkata, pada 2016 dia dihubungi seorang wanita dari Kelantan memaklumkan suaminya lumpuh lebih 20 tahun lalu.

“ Wanita itu amat malang. Seminggu selepas mereka berkahwin, suaminya yang juga pemandu lori terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia lumpuh. Dia amat setia dan sanggup menjaga suaminya yang kesusahan,” katanya.

Atas dasar kemanusiaan, Soffi memasukkan sejumlah wang sebulan sekali ke dalam akaun bank wanita itu bagi menyelesaikan bil elektrik dan air selain membeli makanan serta lampin pakai buang.

“ Jika masyarakat di luar sana mahu membantu, tampillah bertemu keluarga itu,” katanya yang menganggap mereka sebagai saudara.

Menurut Soffi, awal tahun ini seorang lelaki menghubunginya bagi mendapatkan bantuan kerana memiliki empat hutang bersama Ah Long.

Katanya, lelaki berusia 20-an yang juga peniaga kecil itu tertekan kerana perlu membayar faedah sebanyak RM200 sehari.

“ Saya tidak dapat membantu banyak, hanya boleh memberinya RM100 atau RM150 untuk dua atau tiga hari sekali. Pernah juga apabila saya menerima bayaran persembahan di Johor Bahru, baru-baru ini, semua wang sebanyak RM850 yang diterima diberi kepadanya,” katanya.

Soffi turut meminta golongan artis membantu masyarakat yang memerlukan kerana nasib seseorang manusia tidak diketahui.

Dia yang turut menggerakkan Tabung Wakaf dan Infaq meminta golongan selebriti meneruskan kerja kebajikan walaupun pernah dipandang negatif.

Hilang tawaran berlakon, Sofi mahu jual berniaga pasar malam atau menoreh getah

Terdahulu pelakon yang terkenal menerusi tagline ‘kasi sengat’ itu berkata, dia reda atas ujian Allah dan menerimanya dengan hati terbuka selepas mhkmah jatuhkn hkuman pnjara ke atasnya pada 31 Julai lalu.

” Saya tidak melakukan jenayah berat seperti membunvh atau mermpak. Saya hanya disabitkan p0sitif ujian air kncing atas dakwa4n menggunakan dad4h,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Begitupun katanya, hukvman 12 bulan amat berat dan mengganggu emosi serta semangat diri.

” Saya hormati keputusan mhkmah namun hilang tawaran lakonan beberapa filem dan program televisyen. Lagipun saya sudah menandatangani semua tawaran berkenaan.

” Pendapatan saya kini kosong dan runsing memikirkan nasib isteri serta tiga anak yang berusia tujuh hingga 15 tahun,” katanya.

Menurut Sofi, dia sedih sekiranya anak dan isterinya tiada makanan tambahan pula dia yang menanggung mereka selama ini.

” Ini kali pertama saya dihadapkan di mhkmah dan ia memberi kesan ekonomi kepada keluarga. Saya sudah merayu untuk menangguhkan hukvman dan mungkin terpaksa menoreh getah atau berniaga di pasar malam,” katanya.