Statistik Menunjukkan Ramai Rakyat Malaysia Yang Stress, Amalkan Senaman Angkat Kaki Ini Setiap Hari Stress Akan Hilang

Senaman ringkas mengangkat kaki ke atas boleh dilakukan setiap hari di waktu luang anda. Melalui proses yang mudah, anda hanya perlu mengangkat kaki ke atas dan sandarkan ke tempok dengan posisi tubuh terbaring.

Walaupun kelihatan ringkas, tapi mengangkat kaki dapat memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh anda. Salah satu manfaat yang utawa ialah melancarkan peredaran darah di seluruh bahagian tubuh.

  1. Melancarkan sistem pencernaan

Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.

  1. Kaki terasa lebih ringan

Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.

  1. Menghilangkan Stress

Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stress.

  1. Meningkat kualiti tidur

Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan   Kalau Cuma ‘Sakit Pinggang’ Tak Memerlukan Ubat, Cukup Lakukan ‘4 Gerakan’ Ini Tiap Hari, Tak Disangka Efeknya Sangat Dahsyat!