Suami ceraikan Betty Banafe talak satu

Pelakon Betty Banafe dan suaminya, Bruce Dargus sah bercerai secara baik dengan talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, dia reda dengan penceraian tersebut setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.


“Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.
“Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Tambah pelakon drama popular Spa Q itu, dia menganggap perpisahan tersebut dapat membuka ruang dan peluang untuk dirinya berubah menjadi lebih baik serta memberi fokus terhadap keluarga dan perniagaannya.

Pasangan itu bernikah pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Artikel Berkaitan   Lewatkan Mandi Wajib Sebab Nak Tunggu Habis Haid. Ini Hukumnya