Suami Kantoi Makan Dekat Paramount Coffee House – Isteri Bukan Suka-Suka Nak Ambil Tahu Hal Suami, Ini Sebabnya

PAGI-pagi lagi kawan tiba-tiba muncul sambil tangan di kepala.


“Pokle. aku kantoi dengan bini semalam. Kantoi kita gi makan kat Paramount Coffee House tu. Adui!”

Dengar macam itu, saya gelakkan saja sambil sound direct lagi pada dia.

“Haa, itulah kau. Padan muka. Aku dah cakap banyak kali, kalau nak pergi mana-mana bagitau bini. Jangan sorok.”

Petang itu, memang kami dah rancang nak keluar makan selepas waktu kerja.

“Jom kita makan kat Paramount Coffee House,” kawan bagi cadangan.

Bincang punya bincang, setuju nak try kafe itu. Kafe itu memang tip top. Ada feel macam hipster campur restoran mewah. Makanan okey, rasa ada, portion pun boleh tahan, harga je so-so. Nasib baik dah gaji, boleh tutup sebelah mata.

Kawan saya kata dia memang ada plan nak bawa keluarga datang makan sini. Tetapi belum ada kesempatan lagi.

“Aku tak cakap kat bini aku kita makan sini. Aku cakap nak keluar dengan Pokle je. Takut dia fikir apa pulak,” dia buat pendedahan.

“Apa susah sangat nak info. Cakap je lah. Itu pun susah ke? Bukan orang lain.”

Dalam banyak-banyak yang kami pesan itu, ada satu dia nak order ‘take away’. nak bagi isteri Ambil hatilah konon. Set churros menjadi pilihan, “Favourite bini aku.” katanya.

Selesai makan, bayar dan kami gerak balik. Dia dengan churros untuk isteri kesayangannya.

Masa di rumah, dialah jadi benda lawak itu. Isteri dia buka kotak churros, nampak ada satu kertas berlipat. Dibuka lipatan satu persatu.

“Wow!

!”

Member saya itu terus menoleh, rasa lain macam. Ibarat seketul peluh keluar di dahi. Rupanya resit selepas bayaran tadi dia lipat dan letak di dalam kotak itu. Dia terus mengelabah fikir ayat cover apa nak cakap

“Biasa je makanan kat sini. Harga pun mahal,” punyalah dia nak sorok. Last-last kantoi. Hahaha!

Saya berani sound sebab dulu saya pun macam itu juga. Bila ada kerja di office kena stayback, saya tak info surihati. Bila keluar minum dengan kawan selepas kerja pun, saya diam juga. Kita rasa macam kalau tak info isteri pun tak apa. Sampailah satu masa surihati bersuara.

Bila fikir-fikir, betul juga cakap surihati saya. Isterilah yang patut kena tahu apa yang suami nak buat. Ke mana kita nak pergi, lagipun tak salah kalau kita cerita benda yang betul.

Teringat masa surihati keguguran dulu. Nasib baik masa itu di office. Buatnya saya merendek di tempat lain, mengagaulah dia seorang diri. Allah, minta jauhlah.

Sebenarnya, bila suami info isteri:

1. RASA BIMBANG MEREKA BERKURANGAN

Kalau jadi apa-apa, mereka tahu mana nak cari. Kalau tak info, selagi suami tak jejak rumah, selagi itulah isteri ini risau. Hati tak tenang dan jiwanya gelisah.

2. ISTERI RASA DIHORMATI

Isteri kita ini ibarat rakan kongsi dalam bisnes (rumah tangga). Bila kita kasi info, ibarat kita bagi penghormatan. Mereka itu bukan tunggul kayu di rumah.

3. BENTUK KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN

Komunikasi ini mesti dua hala. Tak boleh dia saja kena beritahu. Suami pun sama. Bila begitu, mereka tahu kita berlaku jujur dan kepercayaan akan bertambah. Maka terbitlah rasa kasih, sayang dan cinta.

4. SUAMI YANG JUJUR ADALAH GENTLEMAN

Isteri mana yang tak mengimpikan suami yang gentleman. Biar tak handsome, asal tahu cara dan layanan terbaik untuk pasangan. Tak semestinya kena belai setiap masa. Bagi sms sepatah pun dah kira gentle la tu.

5. LATIH DIRI BUANG SIFAT EGO

Lelaki dan ego berpisah tiada. Takut dikatakan suami pengecut setiap aktiviti nak kena beritahu isteri.

Dengar sini wahai suami sekalian. Anda tidak akan dilabelkan sebagai pengecut jika tidak info isteri tetapi anda pengecut jika sudah menyusahkan pasangan, tidak jujur, tidak hormat isteri dan ego melampau.

Tidak perlu berahsia dengan isteri. Benda baik dan betul, jangan disorok. Bila kantoi, jenuh nak cover. Itu pun kalau isteri ‘termakan’ dengan cover korang itu. Hahaha!

Jadilah suami yang gentleman. Kita hormat dia, dia hormat kita semula. Basic rule saja, sebagai manusia. Kalau rasa diri itu manusialah. Lainlah kalau rasa diri itu kayu.

Silakan follow Facebook Azlan Noor, lelaki gentle teragung untuk baca kisah-kisah inspirasi yang lain.

Sumber: Azlan NoorThe Reporter