“Suami Kaya Raya Tapi Tak Mampu Beli Kain Untuk Isteri” – Netizen

Meskipun sudah beranak dua, pelakon Nora Danish sememangnya masih cantik persis anak dara. Dengan raut wajah ‘baby face’ memang tiada siapa akan sangkakan wanita ini sudah mempunyai dua cahaya mata.

Baru-baru ini, Nora ada berkongsikan foto percutiannya sekeluarga di Bali, Indonesia. Namun salah satu gambar dimana Nora menggayakan dress warna biru bersama anak-anaknya menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Rata-rata netizen berpendapat pakaian Nora itu dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan imejnya yang sudah bergelar ibu.

Malah ada yang mengatakan sebagai seorang ibu sepatutnya tunjukkan teladan baik lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada memberikan komen positif mendoakan agar Nora menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja daripada terus mengecam.