Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya nak bertanya dan sekali gus mohon doktor bagi tips sekali. Suami saya umur 34tahun, dia penghidap diabetes type 2. Sebelum ini berat badan suami 68kg tetapi bulan september 2018,berat badannya menurun. Beliau kerap sgt kencing walaupun selera makan tetap ada. Bacaan gula rekod tertinggi 28.2. Lepas itu saya bawa ke klinik, dan doktor klinik tu bagi ubat kencing manis (inventia/ PROGLUTROL G2-500mg).
Lepas itu dalam masa yg sama saya berikan suami makan peria katak (dijadikan sbg ulam) dan kekadang saya kisar peria itu dan airnya diminum suami. Selepas tu bacaan gula turun ke 16.0.
Tetapi doktor disini saya nak tahu:
1. kenapa berat badan suami merosot sgt?
2. apa yg perlu saya buat doktor?
3. apakah ubat yg terbaik utk suami saya?
Saya mohon pandangan doktor untuk masalah masalah suami saya ini. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM
Saya berpendapat bahawa tahap gula suami puan tidak dikawal dengan baik.
Jika ini berlarutan, ia mungkin akan menyebabkan komplikasi yang teruk. Antara komplikasi yang mungkin berlaku adalah masalah kegagalan ginjal, mendapat stroke atau serangan sakit jantung. Selain itu boleh menyebabkan kebutaan, rasa letih sepanjang masa dan rasa kebas seluruh tubuh.
Untuk menjawab soalan puan:
- Pesakit diabetes, kekurangan insulin atau masalah kerintangan insulin akan menghalang tubuh menggunakan glukosa bagi menjana tenaga. Ini menyebabkan tubuh akan menggunakan alternatif menggunakan lemak dan otot (protein) bagi mendapatkan tenaga. Ini menyebabkan tubuh akan kehilangan berat badan.
- Bacaan glukosa yang tinggi (melebihi bacaan normal) menunjukkan suami puan berada dalam kategori pesakit diabetes yang tidak terkawal (poor controlled diabetic).
Saya mencadangkan suami puan menjalani pemeriksaan Hb1Ac bagi menentukan sama ada kawalan gula berada dalam keadaan baik atau tidak.
Saya juga mencadangkan agar meneruskan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawat. Dalam masa yang sama fokus terhadap pemakanan yang beliau makan.
- Puan boleh meneruskan ubat yang diberikan oleh doktor kerana saya percaya doktor akan memberikan ubat yang terbaik untuk beliau. Saya juga mencadangkan beberapa suplemen yang mungkin membantu suami seperti vitamin E bagi mengurangkan rasa kebas, kerap letih dan rasa tidak bertenaga.
Saya juga menjalankan kelas nutrisi dan pemakanan bagi pesakit diabetik, tekanan darah tinggi dan pesakit yang ada kolestrole yang tinggi di beberapa buah bandar sepanjang tahun ini dan depan. Boleh ikuti page fb saya bagi mendapat maklumat selanjutnya.
Saya juga ada mnegadakan group wassap bagi membantu pesakit kronik mendapat tips, panduan dan inspirasi untuk kekal sihat. Boleh wassapkan saya ke nombor 0197712391. Mohon berikan nama, umur, bandar tinggal sekarang. Masalah kesihatan sekarang. Berat dan tinggi.
Saya harap puan dan suami diberikan kemudahan untuk kesembuhan.
Semoga bermanfaat.