Suami Terkejut Bila Isteri Jawab “Saya Dah Hantar Anak Kita Ke Syurga” Rupanya Anak Dah Nyawa-Nyawa Ikan

KEMAMAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia akibat lemas dipercayai ditekup dengan sesuatu objek oleh ibunya yang disyaki menghidap penyakit gila meroyan di Taman Gemilang, Bandar Baru Cheneh dekat sini hari ini.

Kejadian tersebut disedari bapanya yang berusia 27 tahun sewaktu pulang sebentar ke rumah pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah berhampiran pulang sebentar ke rumah untuk menghantar makanan kepada isteri yang baru lepas pantang.

“Sebaik sampai ke rumah, isterinya yang merupakan suri rumah berusia 27 tahun memberitahunya telah menghantar anak sulung mereka ke ‘syurga’.

“Terkejut dengan kenyataan itu, dia kemudiannya memeriksa bayi perempuannya yang didapati dalam keadaan lemah di sisi isterinya,” katanya ketika ditemui perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini hari ini.

Hanyan berkata, lelaki itu kemudiannya bergegas membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru dekat sini sebelum disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah disiasat pada pada pukul 7.40 malam tadi. – K! ONLINE

(Visited 2,590 times, 1 visits today)