Suami Yatt Hamzah Ditahan Di Mesir Kerana Mahu Masuk Gaza, Walaubagaimana Yatt Bersyukur. Ini Sebabnya

KUAL LUMPUR – Suami kepada pelakon, Yatt Hamzah iaitu Zulfadhli Khiruddin kini terkandas di sempadan Mesir selepas usaha keluar dari negara tersebut disekat oleh pihak tentera.

Menerusi kemas kini Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah meluahkan rasa syukur kerana pihak tentera yang menahan suaminya dan delegasi #wakeupforgaza adalah dari negara Mesir bukannya Israel.

“Semalaman saya tidak boleh tidur sehinggalah suami menghubungi saya pukul 2 pagi tadi dan memberitahu mereka semua selamat.

“Namun begitu, mereka semua masih tidak dibenarkan keluar dari Gaza. Saya mohon anda semua doakan suami dan delegasi kemanusiaannya,” tulis Yatt lagi.

Selain Zulfadhli, delegasi #wakeupforgaza turut disertai oleh penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya dan juga pasukan media daripada stesen televisyen Al-Hijrah. Mereka sudah berada di sana sejak lima hari lalu untuk misi kemanusiaan. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Bunyi Hon Lori Macam Final Countdown “Wow, Macam Ni Baru Meriah Jalanraya”