BUKIT MERTAJAM: Setelah dua ari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Muchlis Abdullah, 47, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.
Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.
Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.
Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, Muchlis dan keluarga menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.
Keluarga itu meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.
Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui keluarga itu ialah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.
Menurut Muchlis, persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.
Beliau berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.
“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.
Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.
“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.
Sumber: Bernama via kehidupansatupersinggahan
7 Fadhilat Mengerjakan Ibadah Umrah
Adalah menjadi impian semua Islam di dunia untuk sampai ke tanah suci Allah, Mekah dan Madinah. Bersyukur kepada siapa yang sudah mengerjakan ibadah Umrah/Haji. Bagi yang belum berkesempatan, usahlah anda risau. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah menerima kita sebagai tetamuNya suatu hari nanti. Pada entri kali ini, ingin mengupas tentang fadhilat-fadhilat (kelebihan) mengerjakan ibadah Umrah. Mengerjakan ibadah Umrah sama istimewanya dengan mengerjakan ibadah Haji.Kebanyakan hadis banyak menceritakan perihal kelebihan menunaikan ibadah Umrah.
#1 Menjadi Tetamu Allah
Ibadah Umrah menjadi istimewa apabila kita dipilih dan menjadi tetamu Allah di tanah suci untuk menunaikan Umrah.Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperhang”
#2 Pahala & Ganjaran Dilipatgandakan oleh Allah
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada tahun haji Wada’ di Mekah,
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
#3 Tidak Dihisab Jika Mening gal Donia Semasa Menunaikan Umrah
Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,
“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu mening gal donia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa mening gal donia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’
#4 Pahala Umrah di Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”
#5 Menghilangkan Dosa & Kefakiran
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”
#6 Diwajibkan Walaupun Sekali (jika mampu)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja.Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Ibnu Umar RA berkata,“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Riwayat Bukhari)
#7 Penghapusan Dosa
Rasululluh S.A.W telah bersabda yang bermaksud
“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”
Sumber: massnizam travel