Sebagai makanan bersifat sejagat, telur digunakan dalam pelbagai hidangan di seluruh dunia. Selain sumber yang mudah diperolehi dan harganya yang murah, telur juga sedap dan mempunyai pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Namun pernahkah anda terfikir bagaimana isi telur membesar menjadi anak ayam?
Dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang individu menunjukkan proses isi telur yang biasa kita makan bertukar menjadi anak ayam.
Apa yang menariknya adalah proses berkenaan berlaku dalam keadaan kulit telur tersebut terbuka agar kita dapat melihat apa yang terjadi di dalam telur ayam.
Kulit telur menyediakan mineral-mineral penting termasuklah kalsium, magnesium, dan manganese untuk anak ayam yang sedang berkembang.
Selain itu kulit telur juga memberi perlindungan kepada embrio ayam daripada jangkitan bakteria, jadi membesarkan ayam dengan kulit telur yang terbuka adalah sesuatu yang agak mustahil.
Namun itulah yang dilakukan dalam video yang dikongsikan di Twitter.
Growing a chicken in an open egg pic.twitter.com/dlQ8StmvfA
— The Unexplained (@Unexplained) February 18, 2020
Dalam video yang kini telah meraih lebih 3 juta tontonan, individu berkenaan dilihat memotong sebahagian kulit telur dan menutup kawasan yang terbuka dengan plastik.
Beberapa jenis cecair yang dipercayai nutrien dimasukkan ke dalam telur itu secara konsisten sepanjang proses perkembangan embrio. Dapat diliht kuning telur tersebut berubah menjadi ketulan daging dan saluran darah sebelum membentuk anak ayam secara beransur-ansur.
Proses menakjubkan itu ternyata mendedahkan kepada kita semua rahsia bagaimana telur yang kita makan setiap hari dapat berubah menjadi anak ayam.
Namun rata-rata netizen merasakan projek tersebut tidak bermoral dan melanggar nilai kemanusiaan.
Sumber: Twitter