Solat lima waktu sehari semalam adalah diwajibkan ke atas seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Dalam agama Islam, solat ini dibaratkan seperti tiang agama. Dari situ, dapat kita fahami betapa pentingnya menjaga solat.
Tidak kira apa halangan dan juga cabaran untuk menunaikan solat, ia tetap dikira sebagai jihad kerana berjaya menyempurnakan Ibadah. Sebenarnya, solat itu boleh dilakukan dimana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dan terhindar daripada najis.
Sujud di atas terik mentari
Menerusi satu perkongsian yang dilihat di Facebook, seorang pengguna laman sosial Singapura telah memuat naik gambar seorang pekerja binaan sedang solat di atas bumbung. Lebih mengagumkan, dia solat dibawah terik matahari tanpa sebarang perlindungan.
Sentiasalah bersyukur dengan nikmatNya
Phoebe Olivia telah memuat naik posting tersebut di laman Facebook Complaint Singapore dan mendapat lebih daripada dua ribu tanda likes.
Dia yang tersentuh melihat tindakan pekerja itu sempat memberi pesanan kepada warganet agar sentiasa bersyukur kepada Pencipta atas setiap rahmat yang telah dikurniakan.
“Don’t forget to be thankful every second in our lives. Just sending love and blessing to all of you.”
Tersentuh melihat gambar ini
Rata-rata netizen telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di ruangan komen posting wanita itu. Mereka turut mengangumi kesungguhan lelaki yang sedang solat itu dan turut terharu melihat situasi yang begitu menyentuh hati.
Cantiknya pemandangan ini
Tanda kita sentiasa mengingati Tuhan
Ini cara kita bersyukur dengan Tuhan