Tahukah Anda, Minum Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang – Health News Daily

Teh ais sudah menjadi air minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia namun tidak perlu difahami pengambilan teh juga ada kesan negatif buat kesihatan.


Memetik kajian terbaru yang disiarkan di Health News Daily, risiko minum teh ais, dapat menyebabkan pembentukan batu karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.

Zat kimia ini menyebabkan pembentukan kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makan lain seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.

Walaupun kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jika pegumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing, dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.

“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman yang paling tidak disyorkan,” papar Dr. John Milner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.

“Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.”

Seperti dimaklum, kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan buah pinggang, dan tea ais mungkin adalah penyebab meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.

Sumber: Aliffchannel