Tahukah Kita Sebenarnya Rambut Kita Boleh Menampung Sehingga 2 Ekor Gajah

Manusia dilahirkan dengan rambut yang berbagai warna dan jenis. Warna rambut ditentukan oleh 2 jenis pigmen atau melanin rambut, iaitu eumelanin dan feomelanin. Semakin banyak melanin dalam rambut, semakin gelap rambut yang anda ada.

Namun tahukah anda, rambut antara bahagian tubuh yang mempunyai kekuatannya tersendiri. Menurut The Guardian, sehelai rambut dikatakan mampu menampung berat sehingga 85 gram. Jika rambut dikumpulkan, ia mampu menampung berat sehingga 2 ekor gajah!

Keratin, iaitu sejenis protein dalam rambut yang mempunyai struktur bersilang, mampu menahan tegangan yang luar biasa. Punca kenapa rambut senang putus adalah kerana rambut kering dan menyebabkan ia mudah rapuh.

kredit era

Artikel Berkaitan   Dilahirkan Tangan, Siapa Sangka Lelaki Ini Tiada Masalah Untuk Bekerja, Makan Dan Berjaya Dapat Ijazah