“Tak boleh jumpa ayah” – Pak Nil Kongsi Video Call dengan Keluarga yang Positif Covid-19

Malaysia telah mencatatkan bilangan tertinggi positif Covid-19 di Asia Tenggara. Rata-rata kes adalah dari kluster Perhimpunan Tabligh dan kes-kes terpencil lain.

Akibat terkesan dengan pandemik yang melanda negara, pengacara nombor satu tanah air, Datuk Aznil Hj. Nawawi berkongsi video call beliau dengan salah seorang ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19. Ikuti video yang dikongsi di laman Instagram beliau sendiri kat bawah ni.

Tak boleh jumpa ayah

Menurut Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, gadis yang dalam video call tersebut adalah anak kepada rakannya yang kritikal akibat dijangkiti Covid-19. Selain dari rakannya, seluruh keluarganya juga telah disahkan positif covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Betul tu, harap semua bagi kerjasama tak kisah di mana pun kita berada. Ingat pesanan pihak berkuasa. Kekal di rumah.

Amiin. Marilah kita sama-sama doakan kesembuhan kepada semua yang terjangkit dengan wabak ini. Minta-mintalah Covid-19 in clear sebelum kita start bulan puasa nanti.

Sedih kan. Tak dapat bayangkan kalau keluarga kita yang kena. Dah tak boleh jumpa, apatah lagi bersalam dan peluk-peluk. Allahu.

Buat korang yang duduk rumah tu, kekalkan dirumah. Jangan gatal kaki nak keluar jalan-jalan hujung minggu ni. Stay safe ye semua!

Artikel Berkaitan   “Dulu Ammar Kecil-Kecil Selalu Mama Marah Dan Pukul Sebab Mama Muda, Tak Pandai Kawal Emosi,” – DS Shahida Terkenang, Buka Cerita