Tak Habis-Habis Nak Kecam “Ustaz Hamadi”, Sekali Azhan Rani Bagi “Setepek” Kat Netizen Ambil Serius Drama Nur

Biarpun drama Nur pernah menjadi fenomena satu ketika dulu, kali ini ia kembali menghangatkan hati penonton dengan ulang siar rancangan tersebut. Dibarisi oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhiriah dan ramai lagi, nampaknya drama Nur kembali menghiburkan ramai.

Drama Nur dan Nur 2 yang memaparkan konflik keluarga penceramah agama dengan pelbagai unsur memberikan pengajaran serta karakter menarik membuatkan masih ada menontonnya. Malah ada juga yang ‘bergelodak’ emosinya apabila menonton drama ini.

Perkara tersebut terbukti apabila baru-baru ini Azhan Rani berkongsikan satu tangkap layar (screenshot) komen dari penonton drama Nur ini. Berikut adalah perkongsian dari Azhan Rani yang memaparkan drama Nur dikecam oleh warganet:

 

Marah betul penonton yang meninggalkan komen itu. Mungkin terbawa-bawa emosi selepas menonton drama Nur ini. Perkongsian Azhan Rani mengenai hal tersebut telah meraih lebih 4 ribu likes. Malah reaksi Azhan Rani di ruangan tersebut juga memang ‘win’ habis!

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai drama Nur dikecam di ruangan komen seperti berikut:

“Vongok diorang ni..dah name pun drama..Yang kau lebih2 pasai pe?”

“Hahhaha…Adoiyay..Woi itu ceghitee wei chegiteeee.Bukan bethol2222…hahahha”

“Hahhaha pembaris betul”

Apa-apa pun, Nur adalah salah satu drama tempatan yang rasanya paling terbaik pernah dihasilkan dengan jalan cerita yang tidak membosankan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh, Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Sebelum Terlambat