“Tak hormat keluarga arwah langsung”- Melampau! Ejen Insurans Jadikan Kematian Abam Bocey ‘Modal’ Jual Produk

Semalam ramai yang berduka dan terkesan dengan berita pemergian pelawak terkenal iaitu Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Bocey.

Ramai yang memberi penghormatan terakhir dan menziarahi arwah di kediamannya malah turut serta pada upacara pengebumian abam.

Namun sedang ramai yang sedih dengan pemergian abam, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan demi keuntungan peribadi.

Sejurus lepas saya share kisah arwah abam bocey, ramai yang PM saya tanya ‘dia ada takaful x’, ‘dia amek hibah tak’…

Wanita ini di facebooknya ada berkongsi kekecewannya selepas melihat ramai pihak khususnya ejen insurans yang jadikan kematian Abam Bocey sebagai modal untuk lariskan insurans.

Sumber: facebook

Disini penulis sertakan antara posting-posting di facebook yang jadikan kisah kematian abam bocey sebagai ‘modal’ atau ‘tarikan’ untuk mereka tarik pelanggan.

*Tapi nama tu penulis blurr kan lah yer

Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook

Rata-rata netizen jelas kecewa dan marah dengan pihak yang tidak ada sensitiviti di saat keluarga arwah sedang berduka.

“So rude. Langsung tak jaga sensitiviti keluarga si mati…”

“Teruk betul diorg ni..di saat keluarga arwah masih menangisi pemergian,bleh plk buat mcm ni..”

“Melampau nyer… Blh saman x?”

Al fatihah untuk abam bocey dan takziah buat keluarga arwah

Artikel Berkaitan   Pelik isteri kental naik motor dr KL ke Ipoh, suami pula naik kereta.