“Tak Perlulah Sampai Beli 80 Jenis Ikan Letak Dalam Troli,” – Nabila Huda Selar Individu Selfish!

Nabila Huda menyelar sikap segelintir netizen yang dilihat mementingkan diri dalam suasana yang cukup genting yang melanda negara. Jelasnya, mengapa perlu diborong semua jenis barangan tanpa memikirkan orang lain.

Tegasnya menerusi Insta Story, jelasnya dia hanya membeli barang keperluan asas sahaja untuk keperluan dia dan suami dan itu sudah mencukupi untuk beberapa hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Luahnya, tiada keperluan membeli berpuluh jenis sayuran dan bahan mentah untuk stok simpanan.

Katanya selepas tiga hari duduk di rumah, dia keluar mendapatkan barangan keperluan namun cukup mengecewakan apabila pasaraya masih penuh dengan manusia dan semua troli dipenuhi pelbagai barangan.

Kenyataannya turut mendapat reaksi segelintir netizen di ruangan komen.

Namun ada yang menyatakan keperluan setiap isi rumah tidak sama, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.

Apa-apa pun berhemahlah dalam berbelanja.

Artikel Berkaitan   “Drama Band Kemalangan,” Ini K0men Mengejut Haqiem Rusli Buat Ramai Terkedu