“Tak pernah tolak walaupun bukan sebangsa, seagama” – Kisah 2 Nenek India Datang Surau Minta Bantuan, Netizen Tersentuh

Seronok dan bahagia rasanya bila baca kisah-kisah inspirasi yang menceritakan tentang keharmonian hidup berlainan bangsa dan agama di Malaysia.

Seperti kisah yang dikongsi di Facebook baru-baru ini, dua warga emas datang ke sebuah surau di Petaling Jaya untuk meminta bantuan barangan asas. Difahamkan, mereka berdua telah kematian suami dan hidup dalam kesempitan.

Petang tadi ada dua orang nenek berketurunan India datang ke surau kami. Ini bukanlah kali pertama mereka datang ke sini. Kedua-duanya datang dari flat bersebelahan.”

Masing-masing kematian suami, orang susah. Mereka bukan ada bantuan zakat atau baitulmal pun.”

Sumber: Facebook

Surau tak pernah tolak sesiapa minta bantuan, tak kira agama & bangsa

Menurut perkongsian itu, bantuan sebegitu bukanlah terhad untuk umat Islam semata-mata. Malah ada saja masyarakat berbangsa Cina dan India yang meminta bantuan sebelum ini.

Katanya, miskin bandar itu sangat serious zaman sekarang. Apatah lagi kalau tinggal di rumah flat bukannya ada tanah untuk bercucuk tanam atau laut menangkap ikan.

Pihak surau tak pernah menolak walaupun mereka bukan sebangsa dan seagama dengan kita. Ini adalah soalan manusia dan kemanusiaan.”

Kalau kat kampung tu, takde duit sangat pun, ada juga tanah untuk bercucuk tanam, ada laut untuk menangkap ikan. Kat bandar banyaknya duduk flat, nak bercucuk tanam dan tangkap ikan celah mananya.”

Bukan sumbangan wakil rakyat, NGO atau kerajaan

Katanya lagi, barang-barangan keperluan asas yang sering diletakkan dalam almari di surau bukanlah hasil sumbangan mana-mana wakil rakyat, NGO mahu pun kerajaan.

Sebaliknya, semuanya hasil sedekah daripada ahli kariah sendiri yang tidak putus memberikan sumbangan dan memenuhkan almari tersebut dengan bermacam jenis makanan.

Artikel Berkaitan   (Video) 'Lelaki ada super sperm, boleh hamilkan perempuan di kolam renang tanpa bersentuhan' - Profesor Sitti Hikmawatty

Adakalanya penuh, adakalanya susut, adakalanya gerubuk ni kering langsung…semuanya bergantung pada ‘ekonomi’ poket masing-masing.”

Kedua-dua warga emas itu kemudian disedekahkan sekampit beras, sebungkus garam, gula dan sepaket minyak masak untuk dibawa pulang ke rumah.

Tak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim

Kami juga tidak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim yang datang ke surau untuk ambil barang2 asas itu, termasuk dua achi-achi tadi. Malah satu perkataan suruh depa masuk Islam pun kami tak sebut.”

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan milik kami.”

Sumber : LobakMerah