Tak Puas Hati Ditegur Faizal Tahir Ada Netizen Yang Ungkit Kisah Silamnya

KUALA LUMPUR, 5 Jun ― Penyanyi Faizal Tahir, 42, tidak mudah melatah walau dikecam sesetengah pihak berikutan tegurannya terhadap segelintir individu melakukan cabaran berhibur di media sosial.

Mengakui mempunyai masa silam, Faizal berkata dirinya hanya insan biasa dan masih banyak perlu dipelajari dalam mencari keredaan Allah SWT.

“Saudara, masih banyak yang perlu saya pelajari dan diperbetulkan. Dan sampai ke mati saya takkan perfect (sempurna).

Brother, i still have so much to learn and improve. And sampai ke mati saya takkan perfect.

Ini cara Allah “tegur’ saya untuk buka mata dan hati saya. Masih banyak perkara yang sudah saya lakukan dahulu dan saya tidak pula berbangga (dengan perbuatan lampau). Tapi, ia masih di situ untuk kita ambil iktibar. Alhamdulillah,” katanya di Twitter.

Sebelum ini, Faizal menegur tindakan segelintir individu melakukan cabaran di media sosial yang dianggapnya sebagai tidak berfaedah.

“Kamu rasa Allah akan bertanya tentang ini ketika kamu bertemu denganNya di hari akhirat?

“Adakah anda terfikir, bila buat apa-apa cabaran berjoget bagai dan pos di media sosial ini, apa manfaatnya kepada masyarakat?

“Habiskan masa dan tenaga buat benda yang useless (tak berguna) dan tak menyumbang kepada amalan kita untuk bekalan bila dah mati nanti. Fikir-fikirkanlah,” katanya.

Sehubungan itu, terdapat individu yang mempertikai teguran Faizal sambil mengimbas kembali beberapa tindakan lampau penyanyi itu.

Ada di kalangan warga maya memberi alasan cabaran dilakukan di media sosial hanya hiburan semata-mata selain mengisi masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Faizal pernah mencetuskan kontroversi susulan tindakannya menanggalkan baju pada sebuah konsert pada tahun 2007.

kredit projekmm