Tak Sedar Telefon Terjatuh Tepi Jalan, Netizen Puji Kejujuran Pekerja MPSB Pulang Semula Kepada Pemilik

Penangan video ditularkan oleh Asri Janggut yang merungkai kegiatan haram oleh pihak berkuasa yang didakwa melindungi premis-premis haram menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh, menerima pujian daripada rakyat Malaysia.

Ekoran kejadian berkenaan,  SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Jumpa tepi jalan, ambil simpan dekat penyelia dia…”

Sudah tentunya, pendedah tersebut telah menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia kecewa dengan intergriti yang sewajarnya perlu ada dalam diri seseorang pihak berkuasa berkenaan.

Namun, perkongsian salah seorang pengguna Facebook ini, mampu membuka kembali pemikiran orang ramai bahawa tidak semua pihak berwajib mempunyai perangai serupa.

“Terharu sungguh dengan kejujuran & sikap amanah…”

Terima kasih wira yang tak didendang!

Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya!

Sewajarnya, sikap jujur dalam melaksanakan pekerjaan ini sewajarnya dicontohi oleh semua pihak. Tahniah warga pekerja kontrak MBSP!

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   “Saya Menyaksikan Pesakit Mati Sendirian, Dengar Mereka Merayu Untuk Diselamatkan, Anda? Masih Merungut Bosan Kat Rumah?”