Tak Sempat Datang Sukan Tahunan, Guru Sekolah Maut Langgar Lori

ALOR GAJAH – Hasrat seorang guru lelaki menghadiri sukan tahunan di sebuah sekolah di daerah ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Lesung Batu, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Fadzlul Hadi Osman, 31, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebong terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan kira-kira jam 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian dan memasuki lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan lori.

“Akibat perlanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan   "Banyak Besar Dia Punya Kepala Main Bedal Adik Aku Sampai Lebam-Lebam….’” Pesanan Afiq Azman Yang Pukul Adiknya