Tak Tahan Cincin “Makan” Tuannya, Lelaki Ini Serah Diri Ke Balai Bomba

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memotong cincin yang tersangkut pada jari manis tangan kanan seorang warga emas di Batu Pahat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, dalam kejadian 2.42 petang itu, mangsa berusia 86 tahun datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin yang dipercayai dipakai sejak 20 tahun lalu.

“Mangsa mengadu bahawa jari yang dipakai cincin menjadi semakin membengkak.

“Pelbagai usaha dibuat namun tetap gagal mengeluarkan cincin berkenaan menyebabkan mangsa datang sendiri ke balai untuk meminta bantuan bomba”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bomba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan khas dan menyelesaikan dalam tempoh lima minit sahaja.

“Operasi ditamatkan pada 3 petang,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Gadis Memiliki Payudara Besar Sukar Bangun Tidur Gara-Gara Terlalu Berat, Rayu Orang Awam Bantunya Untuk Pembedahan