“Tak tahan tengok masa dia bagi susu badan” – Jiran ‘Tebuk’ Isteri Masa Suami Keluar Rumah

Manusia zaman sekarang ni pelik-pelik, memang kena hati-hati dengan keadaan keliling, kadang-kadang kat dalam rumah pun dah rasa tak secure.

Malang bagi buat ibu muda 33 tahun ni apabila dia diintip oleh jiran sewaktu memberikan susu badan kepada bayinya.

Tanpa diduga, wanita yang mahu dirinya dikenali sebagai MS ni telah dirogol oleh jirannya sendiri masa suami tengah tak ada kat rumah.

Ternampak tengah breastfeed dari rumah

MS tengah menyusukan anaknya yang ketiga masa tengah-tengah malam tu , jirannya ternampak dari rumah dia sendiri. Pada waktu itu rumah sunyi sepi dan suaminya keluar pergi memburu katak.

Terangsang melihatnya, jiran dia terus selitkan parang kat pinggangnya sambil mengintai MS

Kemudian, dia terus menyelinap masuk ke rumah.dan menuju ke MS lalu acukan parang tersebut kepadanya sebelum dia rogol MS di dalam bilik, dah habis terus pergi begitu saja.

Suaminya terus buat laporan polis lepas pulang ke rumah sebab melihat isterinya menangis dalam ketakutan dan menceritakan hal yang terjadi.

‘Tak tahan’ tengok buah dada mangsa

Menurut sumber, pegawai polis menjelaskan yang jiran dia tak dapat nak menahan nafsu syahwatnya bila melihat payudara MS semasa memberikan susu badan.

Tambah polis lagi, mangsa tak dapat nak melawan kerana suspek ada senjata tajam dan risau jika anak mereka diapa-apakan.

Kejadian ini berlaku di Sumatera Selatan pada Isnin (15/7/2019) lepas, suspek yang dikenali sebagai RH berumur 38 tahun telah ditangkap dan kini dalam perbicaraan, dia kini sedang berhadapan dengan hukuman penjara 5 tahun.

(Visited 15,668 times, 1 visits today)