“Takpelah Rezeki Takat Tu Je..Sy Xmarah Pun” Kek Kahwin 19 Kaki Berderai “Live” Relaks Je Datuk Alha Jawab

Apa yang menarik tentang video berkenaan adalah peristiwa kek setinggi 19 kaki jatuh berderai ketika sedang bergambar.

Namun menurut usahawan kosmetik itu, beliau tidak menyimpan rasa marah, sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu memori yang terpahat selamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan Datuk Alha dalam menangani masalah ini dan juga mendoakan agar perkahwinannya kekal selamanya.

Datuk Alha atau nama sebenarnya Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil telah selamat bernikah dengan pasangan, Noor Azlin Ismail pada 28 September lalu di Taiping, Perak.

View this post on Instagram

takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya 😂😂 ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti 😂🙏🏻 kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..💃🏻💃🏻💃🏻😝😝😝🤪🤪😌 tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca sy..punya ramai org tolak sbb xnk amik risiko..now sy faham dah risikonya 😂🙏🏻🙏🏻..ape pun effort yg abg ambil utk buat kek sy tu sgt sy hargai..🙏🏻🙏🏻❤️ tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams .

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on