Kehangatan sambutan Tahun Baru Cina masih terasa. Sambutan yang biasanya diraikan dengan tarian singa itu menjadi tarikan pelbagai kaum yang di Malaysia.
Lain pula cerita yang admin nak share kali ni. Menerusi akaun Twitter @missahyo77, sebuah video seorang gadis bebangsa melayu ‘dikejar’ oleh singa. Sampai menyorok gadis tu ke arah patung-patung tu.
singa tu pun duk menyakat lagi 😂 pic.twitter.com/EmCr50MErb
— 🐱 (@missahyo77) February 7, 2020
Takut betul tu
Orang kalau betul-betul takut jangan dibuat main. Mungkin sebab trauma dari kecik dulu kot. Tapi admin pun terhibur gak tengok. Sorry lah tergelak lebih sikit tadi.
Dahsyat sangat tu sampai lari turun dari escalator. Admin pun kalau terjumpa benda yang admin takut akan lari lintang pukang tak cukup tanah gak.
Dia nak lindung muka je. Tak nak bagi nampak. Tapi yang singa tu pun boleh tahan gak. Sampai mengintai-intai dia nak takut kan gadis tu.
Kan.. kesian memang kesian. Tapi memang terhibur tengok reaksi gadis tu. Siapa lah punya idea nak takutkan dia sampai kejar macam tu. Kesian kat dia.