Tamatkan zaman janda dengan jejaka 10 tahun lebih muda, Elly Mazlein bakal adakan 5 majlis

Setelah sekian lama bergelar seorang janda, kini pelakon Elly Mazlein nampaknya sudah bersedia untuk membina sekali lagi mahligai perkahwinan.

Bercerita pula mengenai bakal suaminya, Elly berkata meskipun 10 tahun jauh lebih muda tetapi, sikap matang lelaki tersebut membuatkan dirinya terpaut hati.

Dia pandai ambil hati ayah dan anak saya
Menurut pelakon cantik itu, kekasihnya pandai mengambil hati orang tua dan sanggup untuk membantu menjaga bapa Elly dan juga anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia.

“Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati…”

Bila tiba masa yang sesuai, akan dedah wajah kekasih
Masih tidak mahu mendedahkan siapakah gerangan jejaka bertuah yang telah memikat hatinya, Elly berkata, dia akan memaklumkan kepada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.

Sementara itu, berbicara mengenai persiapan perkahwinan pula, Elly memberitahu bahawa dia dan pasangan, bakal mengadakan lima majlis iaitu, merisik, bertunang, berinai, nikah dan bersanding.


Tak sabar rasanya nak lihat siapa jejaka pilihan hati kak Lina Pom Pom ini, semoga segala yang dirancang berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan.