“Tangan dia meraba-raba” – [VIDEO] Lelaki Mabuk Bagi Flying Kiss, Siap Jelir Lidah, Dah Call Polis Pun Taknak Blah

Dekat mana-mana pun dah tak selamat!

Seorang gadis baru-baru ini berdepan dengan detik mendebarkan bila diganggu oleh lelaki yang tak dikenali dan telah berkongsi pengalamannya di Twitter.

Kata Mimi, pada 16 Januari baru-baru ni dia buat keputusan untuk turun ke blok bawah rumahnya untuk buat kerja pada jam 4 petang. Katanya dekat rumah dia kena kacau dengan kucing so, that’s why dia turun.

Tiba-tiba ada lelaki India datang…

Saya dekat meja nak siapkan kerja. Tiba-tiba lelaki India ni datang dan duduk dekat meja berdekatan dengan saya.”

Pada mulanya dia tak hiraukan pun lelaki itu sebab dia tak ganggu pun buat kerja. Tapi, Mimi kemudian perasan lelaki tu tak berhenti-henti tenung dia.

Sambil pandang bagi flying kiss

Bukan setakat tenung, bila Mimi pandang lelaki tu siap bagi flying kiss dan buat muka pervert tersenyum dekat dia. Lepas tu, lelaki tersebut tiba-tiba datang ke meja Mimi dan terus duduk dekat depan.

Beberapa kali saya cakap elok-elok, suruh dia pergi. Tapi dia tetap terus duduk di situ membuatkan saya kurang selesa.”

Sambil duduk depan Mimi, lelaki tu buat muka macam ni…

Kena raba dekat tepi payudara

Mimi sempat cakap dekat lelaki tu, ‘Tolong pergi, ini kali terakhir saya cakap sebelum saya telefon polis’. Tapi lelaki India tu tetap tenung dia dan tiba-tiba dia bangun pergi dekat belakang Mimi.

Dia berhenti dekat belakang untuk sentuh lengan kanan saya dan jari dia sentuh bahagian tepi payudara saya.”

Tak buat apa-apa sebab gementar, terus call polis

Ramai yang persoal kenapa Mimi masih stay dekat situ dan tak pergi je. Tapi kata MImi, dia sebenarnya terkesima dan dalam keadaan gementar tu dia menggigil.

Artikel Berkaitan   “Sudah-Sudahlah Nak Mengvtuk Orang,”- Hadir Uji Bakat Her0 Remaja Kali Kedua, Adik Syafiq Kyle Tak Pvtus Asa

Lepas dah call polis, lelaki India tu terus ambil barang dia dekat meja sebelah dan duduk lebih dekat dengan Mimi. Kawan-kawan dia pun terus suruh Mimi ambil video lelaki tu dan post dekat Whatsapp story supaya dorang tahu apa yang berlaku.

Nampak polis terus lari

Bila polis sampai, Mimi terus bangun dan kemas barang dia. Lelaki tu pun ambil barang dan terus lari bila dia sedar ada polis tengah menuju ke arah mereka.

Tapi, dalam pada kelam kabut nak lari tu pun dia sempat gosok tangan dekat bahu dan pegang payudara Mimi!

Walaupun dapat lari, tapi tak lama lepas tu dia berjaya ditangkap oleh polis. Dalam keadaan mabuk, lelaki tu tak mengaku apa yang Mimi laporkan dekat polis tapi nasib baik ada bukti video. Ramai persoal kenapa dia tak hubungi ahli keluarga dekat rumah je tapi kata Mimi dia dah cuba call ramai orang tapi masing-masing tak angkat, busy dan ada yang jauh dari rumah dia.