Tauke doorgift block pengantin sehari sebelum majlis, siap bikin drama sebelum hangus RM1,600! – “Nasib baik ada jiran pemandu lori roti”

BAYANGKAN, sehari sebelum majlis, dia sekat nombor telefon adik perempuan saya dan menghilang tanpa khabar berita.”

Demikian cerita seorang pemuda mengenai adik perempuannya yang menjadi mangsa ‘scam’ sepasang suami isteri menjelang hari persandingannya.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd itu berkata, pada mulanya adik perempuannya yang bernama Nur menghubungi pasangan itu bagi urusan tempahan cenderahati (goodies) untuk tetamu pada majlis yang berlangsung pada 15 Disember lalu.

“Adik saya mula survey di Facebook untuk tempah goodies sejak Jun lalu. Ketika buat tinjauan itu, dia tertarik dengan promosi yang ditawarkan oleh wanita berkenaan sebab semua maklumat, harga dan sebagainya dipaparkan.

“Jadi adik saya pun menghubunginya untuk menempah goodies berupa kuih bahulu sebanyak 1,600 biji, iaitu bersamaan dengan RM1,600. Dia buat tempahan untuk  majlis persandingannya, saya pun bersanding tapi lebih kepada menyambut menantu.

“Ketika saya tiba di rumah keluarga kami di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat iaitu lagi dua hari sebelum majlis, baru adik beritahu yang dia kena ‘scam’ dengan wanita itu dan suaminya,” demikian cerita Mohd.

Posting yang dimuat naik oleh Mohd di laman sosial mengenai kisah yang menimpa adik perempuannya. 

Menurut pemuda ini lagi, pasangan suami isteri tersebut begitu licik dan taktik halus mereka berjaya membuatkan adik perempuannya yang juga seorang guru sekolah menengah terpedaya.

“Pada peringkat awal buat perjanjian, semuanya berjalan lancar, malah mereka siap hantar sampel dahulu kepada adik saya sungguhpun tinggal di Temerloh.

“Bayangkan, mereka sanggup hantar sampel dari Temerloh ke Kuala Lipis yang jarak perjalanannya mengambil masa lebih dua jam. Kesanggupan mereka itu membuatkan adik saya percaya, apatah lagi sudah bersua muka.

Artikel Berkaitan   “Kena M4ki Sebab..” Staff LV Sini Tak Layan Saya – DS Aliff Syukri

“Ketika pertemuan tersebut, adik serahkan wang pendahuluan sebanyak RM800 secara tunai. Selepas pembayaran tersebut, wanita berkenaan mengatakan ketuharnya rosak jadi dia minta adik segera ‘bank in’ duit baki untuk dia guna bagi membeli ketuhar baharu. Disebabkan nak membantu dan pada masa sama tak sampai hati, adik pun masukkan lagi RM800 ke akaun bank milik wanita itu,” cerita Mohd.

Tangkap layar perbualan antara adik perempuan Mohd, iaitu Nur dengan wanita berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, kata Mohd, tiga hari sebelum majlis, wanita itu menghubungi adik perempuannya memaklumkan mereka akan menghantar tempahan pada pagi keesokkan harinya iaitu Jumaat.

“Tapi pagi Jumaat itu, mereka tak datang seperti yang dijanjikan. Bila kami hubungi menerusi mesej, Whatsapp dan panggilan telefon, langsung tak ada respons. Keesokannya iaitu pada Sabtu, bila adik cuba lagi, langsung tak dapat sebab dia dah sekat.

“Guna nombor lain pun tak dapat, mereka menghilang tanpa berita hingga kini. Bayangkan betapa kalutnya kami nak cari barang lain untuk ganti goodies itu. Nasib baik ada jiran kerja sebagai pemandu lori roti, jadi kami tempah terus daripadanya,” ujarnya kesal.

Wanita berkenaan cuba memperdaya Nur apabila memintanya memasukkan wang dengan alasan ketuhar miliknya rosak.

Kata Mohd, pada mulanya mereka enggan buat laporan polis kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Saya buat posting di Facebook untuk meminta bantuan dan berkongsi cerita. Rupa-rupanya, ramai yang mesej beritahu mereka pernah jadi [email protected], siap ada yang rugi jumlah lebih besar.

Bayangkan, mereka sanggup hantar sampel dari Temerloh ke Kuala Lipis yang jarak perjalanannya mengambil masa lebih dua jam. Kesanggupan mereka itu membuatkan adik saya percaya.

Artikel Berkaitan   “Makin Elok Pula Laki Aku Ini” Che Ta Risau Zain Saidin Makin Kacak Takut Ada Orang Ke 3

MOHD ABANG MANGSA

“Namun apabila tiada respons dari pihak sana, kami akhirnya buat laporan polis dua minggu selepas majlis. Kami ini bukan kejam, jika ada masalah, maklumkanlah kepada kami, tapi mereka lesap dengan RM1,600 tu.

“Ini majlis kahwin, memang menyusahkan bila jadi begini. Nasihat saya, jika berurusan dengan sesiapa pun pastikan dapat barangan dahulu, barulah buat pembayaran. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran bersama,” akhirinya.