Terhibur Netizen, 2 Tahun Lelaki Ini Jaga Pokok Dalam Pasu, Siramnya, Rupanya-Rupanya Ia Tidak Membesar

Seorang pengguna Facebook telah menarik perhatian warganet selepas menyedari pokok yang disiramnya setiap hari selama dua tahun adalah pokok tiruan.

Caelie Wilkes telah berkongsi kisahnya di Facebook dengan menyatakan beliau merasa bangga apabila perlu menjaga pokok tersebut selama dua tahun ini.

Beliau menyiram pokok itu setiap hari dan meletakkan ia pada cahaya matahari pada tingkap dapur dan menjaga ia dengan cukup baik.

Namun selepas dua tahun, Caelie mahu memindahkan pokok ini kepada pasu yang lebih besar kerana menyangka ia sudah cukup besar. Namun beliau tidak menyangka terdapat satu lagi pasu kecil yang diisi dengan kabus di dalamnya.

Menyedari ia bukanlah pokok sebenar, Caelie mendapati kesemua daun pada pokok itu adalah plastik dan hanyalah pokok tiruan yang dilekatkan gam pada batangnya dan dicucuk pada kabus tersebut.

Story time. I’ve had this beautiful succulent for about 2 years now. I was so proud of this plant. It was full,…

Posted by Caelie Wilkes on Jumaat, 28 Februari 2020

Perkongsian oleh Caelie ini mendapat perhatian ramai dan sehingga kini sudah lebih 6.9 ribu komen yang nyata terhibur dengan hantaran terbabit.

Sedihnya!

Sumber: Facebook

Artikel Berkaitan   "Tolong Doa... Abah Minta Maaf” Sempat Tulis Nota Sebelum Dikomakan Dan Meninggal Dunia, Kisah Keluarga Ini Menyayat Hati