Terkejut Ada 2 Garisan Biru Muncul, Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Berusia Selama 15 Tahun Untuk Dapat Anak

Memiliki cahaya mata sememangnya impian bagi semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Pun begitu, terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai pengalamannya terpaksa menunggu sekitar 15 tahun sebelum disahkan hamil. Lebih mesra dikenali Puan Junaida, wanita ini juga tidak menyangka bahawa dia telah disahkan hamil selama lima bulan.

Pada awalnya, dia tidak menyangka kerana dia mengalami masalah h4id tidak teratur dan tidak lawas sejak sebelum kahwin lagi.

Sedar ada perubahan fizikal

Puan Junaida turut berkongsikan bahawa terdapat perubahan pada payudara dan perutnya. Namun tidak mengendahkan dengan andaian perubahan itu adalah kerana faktor pertambahan berat badan. Tambahan lagi, dia juga menyangkakan keadaan perutnya yang sedikit keras adalah disebabkan masalah sembelit yang dihadapinya.

Terkejut nampak dua garis biru

Menyangkakan dia mengalami masalah sembelit, Puan Junaida ke farmasi bagi mendapatkan ubat. Di samping itu, dia juga turut membeli ‘pregnancy test’ seperti yang disyorkan oleh suaminya.

Woman holding a pregnancy test device

Puan Junaida cuba membuat ujian dan akhirnya terkejut apabila mendapati hasil ujian menunjukkan dua garis biru menandakan dia telah hamil.

Ya Allah terkejutnya tengok naik 2 lines, 15 tahun saya test tak pernah naik 2 lines ni

Saya masa tu memang terharu sangat tak boleh nak cakap, seharian saya menangis.

Rupanya dah lima bulan ‘baby’ dalam perut

Bagi mendapatkan kepastian, Puan Junaida turut membuat pemeriksaan di klinik. Tidak disangka baginya apabila doktor

memberitahunya bahawa ‘baby’ sudah di dalam perutnya dalam tempoh lima bulan.

Pastu saya pergi klinik untuk pastikan balik, tiba-tiba doktor cakap lima bulan dah ‘baby’ di dalam perut saya.

Pernah rasa ‘down’ walaupun suami dan keluarga tidak merungut

Menceritakan pengalaman sebelum hamil, Puan Junaida mengakui bahawa dia turut berasa ‘down’ kerana tidak dikurniakan zuriat hampir 15 tahun. Walaupun suami dan keluarganya tidak merungut, dia juga inginkan pengalaman tersebut seperti yang dialami oleh wanita-wanita lain.

Saya punya keluarga semua tak ada beri tekanan cuma saya ja kalau boleh nak juga seorang zuriat juga.

Dia yang merupakan anak sulung hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sebelum ini. Namun selepas ini, giliran adik beradiknya yang lain untuk bermain dengan anaknya pula. Sememangnya, disahkan hamil setelah bertahun-tahun penantian merupakan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Rezeki daripada Allah SWT

Kurniaan yang tidak ternilai ini merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT walaupun terpaksa menanti dalam tempoh yang lama. Di samping itu, berkat usaha Puan Junaida dan suami serta dengan izin Allah SWT, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Puan Junaida menyatakan bahawa dia turut mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor kepadanya. Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan seperti men1ngg4lkan kafein, tinggalkan makanan di dalam tin serta makanan-makanan segera. Dia turut menjadikan susu Efferty sebagai minuman tambahannya.

Susu Efferty ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk wanita iaitu seperti menstabilkan hormon h4id dengan lebih teratur. Antara kebaikan lain bagi susu Efferty ini juga adalah memudahkan jumpa waktu subur yang khususnya bermanfaat kepada pasangan suami isteri.

kredit satkoba