Terkejut Pekerja Dan Pelanggan, Agong Selamba Santap Roti Tempayan di Kedai Tepi Jalan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya terkenal dengat sifat sopan dan merendah diri dalam menyantuni rakyat.

Al-Sultan Abdullah sering kali tampil mencemar duli turun mendekati rakyat bertanyakan khabar serta membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama di negeri Pahang.

Beberapa kali juga Al Sultan dan permaisuri selamba singgah makan di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara, baginda Al Sultan dengan bersahaja makan di sebuah kedai makan.

” KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika berangkat menyantuni golongan asnaf dan golongan kelainan upaya di Daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.

” Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bersempena Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih, anjuran bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

” Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan asnaf dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

” Daulat Tuanku.” tulis Istana_negara

Pekerja dan pelanggan terkejut nampak Tuanku

Sementara itu, pekerja dan pelanggan di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang di sini dikejutkan dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli bersantap di kedai itu hari ini.

Seri Paduka dikatakan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini namun baginda berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram istana negara 30 minit lalu juga memaparkan beberapa gambar Seri Paduka bersantap sendirian, namun kelihatan juga beberapa pelanggan yang turut berada di kedai terbabit.

Artikel Berkaitan   Anggota polis cedera diserang isteri selepas melihat gambar ini tersebar di media sosial

Aksi bersahaja baginda menarik perhatian rakyat dan netizen juga menyifatkan baginda seorang Tuanku berjiwa rakyat.

Antaranya dari pengguna Instagram dikenali Fazlizainul berkata, “Tuanku seorang berjiwa besar.”

Begitu juga dengan pengguna Instagram, Redza80, “Ini la dia Raja berjiwa rakyat, boleh makan di mana-mana sahaja.”

Kata Shari, “Tuanku memang sempoi, moga Allah lindungi tuanku n keluarga dari segala bala, musibah.. Aamiin kami rakyat Pahang sayang selamanya tuanku skluarga.. Aamiin.”

 

Sumber : Asia