Terkejut Pekerja Ini Bila Seorang Remaja Mengeluarkan Pistol Gara-Gara Tersalah Jeli Dengan Sos Tomato

TENNESSEE – Berang lain dipesan lain pula yang diterima, seorang pelanggan McDonald’s di Tennessee, Amerika Syarikat bertindak mengacukan pistol kepada pekerja restoran rangkaian makanan segera itu.

Menurut laporan Fox News, dalam kejadian minggu lalu, Asai Vester, 20, yang memesan makanan menerusi pandu lalu mengamuk selepas diberikan sos tomato bukannya jeli seperti diminta.

Perkara tersebut mencetuskan pergaduhan antara pekerja McDonald’s itu dan Vester sebelum dia bertindak mengeluarkan senjata terbabit.

Menurut laporan media tempatan, Vester ditahan selepas pihak polis meneliti rakaman kamera keselamatan di lokasi kejadian.

Vester dituduh melakukan serangan dan memiliki senjata secara haram. – Agensi

Artikel Berkaitan   300 Orang Sudah Jadi Mangsa, Sekumpulan Penduduk Ini Dijangkiti Penyakiti “Misteri” Yang Tidak Tahu Punca