Seorang pemilik kedai ubat-ubatan di timur India menerima kunjungan ‘pelanggan’ luar biasa ketika kejadian pada minggu lalu.
Anajum Ajim yang membuka kedai di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut selepas seekor monyet melompat ke atas kaunter dan seolah-olah mengadu ia sedang kesakitan dipercayai akibat bergaduh.
“Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Monyet itu seperti kehausan kerana ia meminum tiga gelas air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya,” ujarnya.
Menurutnya lagi, monyet itu berehat selama sejam di atas meja di luar kedai ubat terbabit sebelum ia melompat dan meninggalkan premis tersebut.
Monirul Islam yang sempat merakamkan kejadian itu berkata, dia melihat kejadian itu agak menarik dan mencuit hati. – Agensi