Terkenal sebab hentam Elfira Loy promote ‘produk sampah’ di media sosial, Dr. Beni selamat bernikah

Mungkin ramai yang agak tidak mengenali figura yang bernama Dr. Beni Rusani. Namun, jika diingatkan kembali mengenai isu ‘produk sampah’ atau produk makanan tambahan sudah tentu mengenalinya.

Pernah tak setuju dengan produk yang diambil Elfira
Dr. Beni ernah tular satu masa dulu kerana menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh artis terkenal iaitu Elfira Loy mengenai isu produk peninggi yang dikatakan berkesan kepada dirinya.


Kerap muncul dikaca televisyen
Pakar jantung dari IJN ini juga kerap kali muncul di kaca televisyen sebagai panel jemputan untuk menerangkan isu-isu kesihatan kepada orang ramai.


Tamatkan zaman solo
Pada pagi tadi, doktor pakar tersebut telah selamat bernikah dengan pasangannya Amira Syuhada Saiful Bahri di Bora Ombak, Putrajaya.


Memilih busana berona putih, majlis pernikahan mempelai terlihat meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan juga para jemputan.

Trending nombor 5!
Perkahwinan doktor selebriti ini telah menjadi trending di Twitter sejak pagi tadi kerana dihujani ucaan tahniah yang tak putus-putus. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan selamat pengantin baru kepada doktor pakar yang aktif di sosial media.