“Terlalu rendah!” – Detik Cemas Ketika Pesawat Boeing 737-800 Sepatutnya Mendarat Tapi Terhempas Atas Laut

Pada September 2018, pesawat Boeing 737-800 milik Air Niugini terhempas atas laut dekat Micronesia, Papua New Guinea. Menurut Daily Mail, semalam rakaman detik cemas ketika kejadian dan sebelum pesawat terhempas telah didedahkan kepada umum.

Melalui rakaman tersebut, salah seorang juruterbang boleh didengari menjerit “we’re too low” dan cuaca di luar memang hujan ribut. Selepas beberapa ketika, rakaman itu terhenti sebaik sahaja pesawat terbabit terhempas.

Menurut siasatan juruterbang itu dikatakan tidak menghiraukan beberapa amaran serta alarms ketika mendekati kawasan lapangan.


Bagaimanapun, masalah teknikal dan ribut yang terlampau kuat juga menyebabkan juruterbang pada ketika itu tidak dapat melihat runway untuk mendarat. Disebabkan itu, pesawat terbabit tersasar 150 batu sebelum sampai tempat mendarat.

Difahamkan kapten dari Papua New Guinea dan pembantunya dari Australia itu tidak menghiraukan amaran automatik dan tetap meneruskan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chuuk, meskipun cuaca buruk mengehadkan penglihatan mereka.

Pesawat yang membawa 12 anak kapal dan 34 orang penumpang itu terhempas di Lagun Chuuk dekat Pulau Weno kira-kira jam 9.30 pagi. Akibat insiden itu, seorang penumpang maut dan dilaporkan tidak memakai tali pinggang menyebabkan cedera di bahagian kepala.

Penduduk setempat menaiki beberapa bot kecil menghampiri pesawat selepas ia terhempas dan menyelamatkan mangsa-mangsa nahas. Penumpang dan kru kemudian dibawa ke hospital namun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Artikel Berkaitan   Petua Goreng Ikan Rangup, Tak Meletup & Melekat Di Kuali