Terpengaruh Dengan Viral, Betty Rahmad Dedah Lepas Minum Dalgona Coffee, Jantungnya Berdegup Laju…

Baru-baru ini, resipi minuman kopi yang dikenali sebagai ‘Dalgona Coffee’ telah tular di laman media sosial.

Lalu tidak dinafikan, ada wargamaya yang telah mencuba dan membuat minuman tersebut tidak kira bergelar selebriti atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Betty Rahmad ada berkongsi cerita dan pengalaman menikmati kopi viral itu bersama peminatnya.

“Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan #dalgonacoffee Siapa yang belum try & tak biasa dengan coffee please read this.

“Nak share experience i haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju.

“Bila j4ntung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang.

“Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this.

“Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin! So now i tau punca dia adalah #dalgonacoffee No more!!! Ada tak yang rasa macam i? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee,” tulisnya sambil diserta kan dengan foto terkait mengenainya.

Sekadar informasi, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada 15 Oktober 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ardy Wira, setahun.

kredit info sebenar