“Terpulang Kepada Andaian Masing-Masing,” Bagi Hint Buah Pisang, Bella Astillah Dan Aliff Aziz Telah Berkahwin?

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi bayangan sudah berkahwin menerusi ruangan IG storynya menggunakan imej buah pisang dan avocado.

Untuk pengetahuan pembaca Gempak, di kalangan pengguna laman sosial wanita sedang tular kempen kesedaran kanser payudara.

Menerusi mesej tersebut kaum wanita dikehendaki memilih buah-buahan sebagai kod yang mewakili status diri masing-masing tanpa perlu menyebut ia mempunyai kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan.

Menerusi pemerhatian Gempak, imej yang dimuat naik Bella ada kaitan dengan kempen kesedaran tersebut dan bekas isteri kepada Aliff Aziz itu telah memilih pisang yang mewakili status “sudah berkahwin” dan avocado “saya sudah dimiliki”.

Sementara itu, Bella ketika ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan.

“Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing,” katanya tersenyum penuh makna.

Dalam pada itu, Bella berkata dia juga mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka di laman sosial.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas.

“Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang,” katanya positif.

 

kredit gempak

Artikel Berkaitan   “Wehh Lain Gila Kot, Memang Dah Tak Cam” Peminat Terkejut Perubahan Muka Rafique Sekarang Lain Dari Cerita Drama Ramadhan Rafique