Tersalah Masuk Duit Pada Lelaki Ini, Lelaki Balas Report Polis Kata Wanita Itu Scammer

Pernahkah anda mengalami situasi dimana tersalah memasukkan wang pada seseorang secara atas talian?

Seorang wanita dari Singapura baru-baru ini telah mengalami masalah serupa apabila beliau tersilap memasukkan wang berjumlah $500 kepada seorang lelaki menggunakan aplikasi PayNow.

Disebabkan itu, beliau cuba menghubungi lelaki terbabit menggunakan nombor suaminya untuk segera memulangkan wang itu.

Lelaki berkenaan tidak menjawab panggilan, sebaliknya hanya membalas pesanan mesej wanita terbabit dan akan menyemak akaun pada keesokkan hari. Namun, wanita ini mahu lelaki tersebut menyemak dan memulangkan wangnya dengan segera, walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan jam 2.03 pagi.

Lelaki tersebut tidak mengendahkan mesej yang dihantarkan, malah menyekat panggilan masuk membuatkan wanita itu merasa tertipu lalu mendedahkan mesej perbualan mereka di Facebook.

Tidak berakhir disitu, lelaki dikenali sebagai Roger Koh memuatnaik satu laporan polis keesokkan harinya bahawa beliau merasakan wanita berkenaan adalah scammer, dan sengaja mahu mengambil wangnya.

Koh juga memberitahu bahawa beliau tidak pernah mendaftar dengan aplikasi PayNow.

Persoalannya, siapa betul siapa salah ni?

Sumber: Asia One

Artikel Berkaitan   “Hati-Hati Kalau Pakai Kasut, Jangan Main Sarung Je, Sekarang Kes Ular Tidur Dalam Kasut”