TESC* Mahu Pencuri Roti Itu Dikenakan Hukuman Tetapi Pegawai Polis Ini Pertahankannya Gara-Gara Ini. Ini Mengejutkan!

Inilah adalah kisah pegawai polis bantu pencuri roti yang tiba-tiba menjadi tular kerana sifatnya yang terpuji membebaskan seorang hamba Allah yang mencuri roti gardenia kerana anaknya lapar. Mulianya hati tuan.

POLIS BANTU PENCURI

Walaupun pihak TESCO (Pengawal Keselamatan) berkeras mahu menjadikan kes tersebut sebagai kes Polis, beliau tetap mempertahankan lelaki tersebut. Apa yang menyedihkan lelaki tersebut dalam kesusahan kerana dibuang kerja dan anaknya kelaparan sehingga mendorong beliau mencuri.

Pihak TESCO hanya akan melepaskan lelaki tersebut dengan syarat dibayar 10 kali ganda daripada nilai barangan yang dicuri. Apa yang mengejutkan ialah pegawai Polis bantu pencuri tersebut membayar harga tersebut dan memberikan wang belanja untuk digunakan oleh lelaki tersebut.

Gambar Hiasan

APA KATA BELIAU

“Kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita”

Itulah kata-kata yang sepatutnya menjadi ingatan kepada setiap rakyat Malaysia.

Beliau adalah Sarjan Mejar Shahruddin. Ungkapannya itu menjadi bualan diseluruh pelusuk Malaysia apabila cerita beliau membantu ‘pencur1’ roti di TESCO menjadi tular.

Beliau pernah bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, dan kini menghabiskan waktu pencennya di Masjid Taman Seri Tenggara Parit Buntar.

Berasal dari Parit Buntar, seorang yang berperwatakan serba sederhana dan tidak banyak cakap. Walaupun tidak banyak cakap, wakil pengawal keselamatan Tesco yang mahu mendakwa lelaki tadi, teruk juga ditazkirah oleh beliau. Kisah beliau yang tular ini sebenarnya langsung tidak pernah diceritakan kepada orang lain.

Walaupun dia berpangkat, namun hati nurani yang Allah kurniakan terhadapnya membuatkan ramai yang tersentuh.

Adakala kita perlu mengutamakan hal perikemanusiaan dalam hidup kita bukan terus menjadi penghukum tanpa usul periksa. Namun jangan jadikan perikemanusiaan kita sebagai jalan untuk orang lain terus mencuri.

Artikel Berkaitan   2 Kali Diserang Barah, 15 Kali Radioterapi, Hidup Dalam Kemurungan, Gadis Kongsi Rahsia Bebas Dari Barah

 

Sumber: facebook