Throwback Zaman Mula Masuk Industri, Aliff Satar Umur 16 Tahun Dah Nak Menang RM1 Juta. Sekali Ada Dayang Nurfaizah Pula..

“Penyanyi dan hos popular, Alif Satar mengimbas kembali zaman awal kemunculan ketika dia menyertai program nyanyian One In A Million (OIAM)

Menurut Alif, dia menyertai pertandingan itu ketika berusia 16 tahun kerana mahu mengejar hadiah yang ditawarkan.

“Teringat zaman mula-mula dulu, umur masa ni 16 tahun, plan nak masuk ‘One In A Million’ sebab kalau menang dapat sejuta ringgit, boleh bayar nak masuk flying school,” tulis Alif di Instagram.

Meskipun tidak bergelar juara, namun Alif tidak berputus asa dan sentiasa bersikap tenang.

“Sekali dapat tau Dayang Nurfaizah masuk bertanding sekali,  Alif tak menang.

“Kadang-kadang kita boleh merancang, tapi bila bila sesuatu benda tu tak jadi dan tak ikut rancangan kita, jangan risau, terus belajar dan sesuaikan diri dengan perubahan,” tulisnya lagi.

Selepas menyertai OIAM, Alif terus berkecimpung dalam industri hiburan sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.
Alif mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Shadila pada 15 September 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Cara Kiraan Fidyah Bagi Yang Lambat Ganti Puasa