Tiada Lagi Air Tangan Abang Rino, Ramai Pelanggan Bersedih Selepas Peniaga Tersebut Menghembuskan Nafasnya

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Peniaga nasi lemak yang pernah tular kerana mengamalkan tahap kebersihan dan kekemasan dalam hidangannya menghembuskan nafas terakhir pada pagi semalam.

Mohd Marino Bakar atau dikenali sebagai abang Rino dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Sedekahkan Al-Fatihah, Abang Rino kembali ke rahmatullah pagi ini (semalam),” kata seorang individu menggunakan nama Hilfa Akmal di Twitter.

Peniaga yang membuka gerai berhampiran stesen minyak Petronas di USJ14 Subang Jaya itu cukup dikenali kerana kekemasan menyusun telur, timun dan hidangan lain di meja jualan.

Sering menjadi tumpuan hidangan petang di sekitar Subang Jaya, warga maya kini berkongsi kenangan bersama legasi Allahyarham.

Syahirah: Salam takziah untuk keluarga abang Rino. Nasi lemak dia sedap dan untuk orang yang OCD (Personaliti Obsessif Kompulsif) macam saya sangat berpuas hati tengok semua benda yang dia susun cantik.

Cikiding: Baru ingat hendak cari dia beli nasi lemak dekat USJ sana. Ya Allah nasi lemak tersedap aku pernah rasa.

Emnoor Ahmad: Aduh baru pergi dua minggu lepas hendak beli tetapi panjang beratur pula. Al-Fatihah.

kredit projekmm