Tiba-Tiba Aliff Aziz Masuk Ketika Bella Astillah Buat Live IG Dan Tanya Soalan Yang Buat Bella Menangis

Sejak belakangan ini, penyanyi Aliff Aziz sering memuat naik foto dan kapsyen memuji dan merindui bekas isterinya iaitu Bella Astillah di Instagram. Walaupun hubungan mereka bukan lagi suami isteri, penyanyi tersebut masih berbaik dengan bekas isterinya demi anak tunggal mereka iaitu Ayden Adrean.

Saya sebenarnya bukanlah seorang wanita yang kuat: Bella Astillah


ENGGAN mengenang kisah sedih tentang keruntuhan rumah tangga selepas perceraian dengan bekas suami yang merupakan seorang penyanyi terkenal, iaitu Aliff Aziz, Bella Astillah tekad kembali menceburi bidang seni demi kelangsungan hidup bersama anaknya, Mohamed Ayden Adrean, 2.

Menurut pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, perkara itu dilakukan kerana mahu anaknya membesar dengan suasana bahagia, selain menyibukkan diri untuk melupakan kenangan pahit.

“Alhamdulillah selepas apa yang telah berlaku, sekarang ini semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Saya pun sudah mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sebagai satu cara untuk meneruskan hidup.

“Bahkan, dalam masa yang sama saya juga banyakkan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Selain itu, saya sudah tidak sabar rasanya masuk ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri dalam jangka masa terdekat ini,” kongsi Bella teruja.

Meskipun mampu mengukir senyuman seolah-olah kehidupannya tidak dilanda badai, Bella juga mengakui dia bukanlah seorang wanita yang dilihat begitu seperti mana yang digambarkan khalayak umum. Cuma, Bella terpaksa menepis kesedihan lalu kerana tidak mahu putera kesayangannya terkesan dengan perceraian tersebut.

“Jujur saya katakan di sini, saya sebenarnya bukanlah seorang wanita yang kuat. Bagaimanapun, saya memang kena kuat juga sebab anak melihat saya sebagai ibunya yang sentiasa bersama.

Artikel Berkaitan   Isteri Saharul Ridzwan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Saya tak mahu tengok dia berasa sedih atau menangis sahaja. Disebabkan itu, saya sentiasa tunjuk gembira supaya dia pun merasakan perasaan yang sama.

“Sungguhpun begitu, alhamdulillah hidup saya kini lebih terarah dalam membesarkan anak dan mahu dia berasa bahagia sepanjang hidupnya,” luahnya.

Terbaru, menerusi Twitter Arina, wanita tersebut kongsi Instagram live yang dilakukan Bella. Ternyata Aliff turut menyertai live tersebut dan bertanyakan soalan. Reaksi Bella terhadap soalan yang diajukan Aliff sangat mengagumkan netizen.

Menerusi Instagram live Bella, Aliff menegur bekas isterinya dengan ucapan Assalamualaikum. Ucapan tersebut ternyata dijawab dengan baik oleh Bella sambil dia bertanyakan semula kepada Aliff, adakah bekas suaminya itu berada dalam keadaan yang sihat.

Aliff turut bertanyakan Bella tentang kepercayaan Bella mengenai keajaiban. Ternyata, Bella mengakui yang dia yakin terhadap keajaiban sambil raut wajahnya kelihatan sedih.

Selain bertanyakan khabar dan soalan mengenai keajaiban, Aliff turut bertanyakan kepada Bella mengenai lagu kegemarannya ketika ini. Menurut Aliff, dia sedang meminati lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamalang.

Rata-rata netizen memuji cara Bella menjawab pertanyaan Aliff. Netizen turut mendoakan supaya Aliff benar-benar berubah supaya berjaya menawan hati Bella semula.